Pages

Thursday, February 18, 2010

BERITA HANGAT ATAU HANGIT

ATAS NI POKOK YANG DAH HANGIT & HANGUS

Hari-hari bila buka tv atau baca suratkabar, ada beberapa cerita hangat malah terlalu hangat sehingga hangit....





PERTAMA - berita wajib ialah kes liwat DSAI


KEDUA - berita orang PKR, UMNO, PAS, DAP yang saling tuduh menuduh, jawab menjawab.


KETIGA - berita saman menyaman, kalu menang sah jadi jutawan.


KEEMPAT, KELIMA, KEENAM, KETUJUH, KELAPAN... berita CNY, OPS Sikap, buang bayi .....


YANG AKHIR SEKALI ... kira tak penting......menyelesaikan kesusahan rakyat secara berkhidmat kepada rakyat, membangunkan ekonomi dan pendapatan rakyat, pencegahan rasuah, dadah, pekerja asing tanpa izin (PATI) dan jenayah.








Cerita Kedai Kopi





a) Kalu itu kes ada saja chan mau kasi tangguh, mana mau abis?


b) Itu pasat mahkamah banyak kes tarak selesai... itu semua kira kes kecik...itu liwat punya hal banyak besaq. Itu Australi punya olang pun sudah jemu...minta itu kes kasi gugur.


c) itu olang Australi minta kasi gugur? Apalah..


d) Betui, dia olang minta itu kes kasi tutup, tak payah bicala.


e) itu macam kalu, manyak senang...


f) lain kali, apa2 hal , kasi tutup kes saja lah...


g) itu olang putih mana dia peduli, tempay dia olang liwat tu macam melawat saja, tarak salah...


h) itu macam ka?


i) ya la, tapi lua ingat itu olang putih saja mau bikin kacau...talak tau apa-apa cerita


j) itu lua ada setuju, kalau mau tau cerita, kasi itu kes kasi abis...


k) lagi itu selalu tangguh....apa hat


l) tau tau saja lah...lagi lama lagi kulang stim...atau lagi hangat...jadi hangit looo.


m) sulah lah...itu hal tak payah celita...itu olang semua kaya laya... kita sini jugak..minum kopi...


lUA INGAT lAGI MANYak TANGGUH , lAGI LAMBAT aBIS, LAMA2 hILANG ITU STIM...STIM HABIS tALAK hANGAt LAgI OOOO


Friday, February 12, 2010

Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).

Saya tak jelas dan tak berapa nak ambik tahu pasal SBT ni sehinggalah terdengar bicara ini pada satu pagi

a) Macamana depa pilih SBT ni?
b) Mesti dari prestasi student dia... banyak dapat A kut...lepas tu guru mesti baik punya!
c) Banyak peruntukkan depa dapat.. kalu gitu, kalu sekolah dah baik, prestasi tinggi, guru terpilih, peruntukkan banyak, tentu senang nak terus jadi SBT. Budak result teruk sikit mesti dia tendang...
d) Aaa, aku dengaq cerita, sekolah asrama penuh biasa punya peruntukkan pun kena kurang.
e) Ya le, anak aku cakap, makan pun dah macam kena catu.. tak mewah sangat.
f) peruntukkan dah kurang, kena jimat. Tapi, yang aku kesian, member aku jadi cikgu kat sekolah berasrama penuh tu, air cond pun tak boleh pasang. Pasang kipas je.. itu nak jimat bil elektrik.
g) Tu lah, dulu joli, bila kena potong budget, jadi gelabah.
h) itu tak kisah lagi, anak aku cakap, silap-silap esok, elektrik pun kena catu ...kata sekolah dia nak padam atau potong bekalan elektrik selepas jam 1 atau 2 pagi , lepas tu buka semula pada waktu sebelum subuh.
i) kalu gitu dah macam estet zaman dulu... pakai gen set diesel, jam 11 malam tutup gen set dan buka semula jam 4.30 pagi.
j) habis kalu gitu, naya budak2 kat asrama... nak studi lebih tak dapat, tidur malam panas sebab tak boleh pasang kipas. Kalu gitu, sekolah macam ni tak ada peluang nak jadi SBT.
k) Baik anak aku sekolah sini je, at least ada peluang untuk studi dalam keadaan selesa.


Sekolah yang dapat SBT tu semua sekolah yang memang dah ternama, budak-budak memang yang terpilih dari yang sudah terpilih. Mak bapak dio orang pulak memang dah berduit, kalu tak semua pun, tapi peruntukkan baik punya. PIBG loaded. bertuah ler gitu!!

Friday, February 5, 2010

Kat mana-mana pun, kes liwat yang sibuk dibualkan di mana-mana tempat terutama di kedai kopi dan kedai gunting rambut. Jadi cerita lawak...bila banyak yang ditokok tambah. Aku tak mau nak cerita banyak sebab di tv dan surat kabar dah banyak cerita. Dalam blog banyak komen , ada yang pro, atau yang contra dan ada yang suka buat ulasan sendiri.

Cerita kedai kopi

a) Pukul 8 malam, biasanya aku makan malam dengan famili sambil nonton tv. Bukan makan depan tv, tapi dah meja makan dekat ruang tamu tu, jadi sambil makan tengok berita jam lapan.
b) Hello, tu pun nak cerita!!
c) Aku belum abis lagi...dari mula berita dok cerita kes liwat. bengang aku. Rasanya banyak cerita lain. Sampai kes berak pun jadi berita.
d) Aahaaa, aku hari-hari berak dan kadang-kadang tak berak dua tiga hari tak pulak jadi berita.
e) Kau tu sembelit, kes ni lain....liwat.
f) Aku dengar cerita kat tv jadi malu, geli dan meluat.
h) last-last, aku tengok HBO movie...
i) Malam tadi cerita sahara tu ok apa...pasai rebut air oleh tentera jerman dengan tentera bersekutu. Ada pulak mamat negro main watak islam. Lawak pun ada...
j) Sahara pulak....ingat tak Sahara Yaakob..... ala yang masuk Al Alqam tu, kata kawin dengar doktor, lepas tu entah..
k) Penyanyi yang selalu seksi tu..
l) Yaaa.... senyap ye bro...

Thursday, January 28, 2010

KOPI KU SEDAP...



Kalau di Utara, kopi memang menjadi kegemaran di rumah. Tapi kalu pergi minum kat kedai mamak, teh tarik jugak jadi pilihan.


Kat rumah, aku selalu minum nescafe, jarang minum kopi biasa. kat kedai, mesti teh tarik. Tak tau sebab apa pilihan menjadi berbeza apabila berada dalam keadaan dan tempat yang berbeza.


Kalu nak minum minuman yang ada tongkat ali atau ginseng, selalunya kat project site. Satu lagi tanda tanya. Milo, kadang-kadang tapi kalu air soya, setiap hari sepanjang masa memang ada stok kat rumah. Anak-anak pun suka...sejuk lagi best dan nyaman.



Monday, January 25, 2010

Blogger Oh Blogger

Blog dan blogger dah sinonim dengan internet. Facebook jugak telah menarik jutaan kaki internet.

Cuma, ada blogger yang sering menyalahkan-gunakan blog dan ruang cyber untuk perkara-perkara yang terlalu sensitif dan menyinggung perasaan pihak lain.

Blogger Aduka Taruna bakal berdepan dengan tindakan akibat hasil tulisannya. Saya tak sempat baca kerana tulisan nya itu telah di tarikbalik. Tetapi, ada pulak blog lain, dalam bahasa inggeris dan di tulis oleh seseorang yang rasanya bukan orang Melayu beragama Islam yang telah membangkitkan isu yang sama malah lebih teruk lagi. Blogger ni turut menyiarkan komen-komen yang begitu sensitif terhadap Islam dan orang Islam.

Tak mahu saya menyiarkan nama blog ini...blogger sebegini suka mencari publisiti murah, memburukkan pihak lain sekadar melepas geram atau cuba mempopularkan blog nya. Mungkin esok lusa banyak iklan kat situ.

Mungkin pembaca blog sebegini jangan ikut rentak penulis sebegini... mungkin komen atau ulasan yang sesuai ialah.... 'WAHAI BLOGGER, INGAT LAH APA YANG ANDA TULIS MENGAMBARKAN SIKAP ANDA SENDIRI..MUNGKIN LEBIH TERUK LAGI"

cerita kopi

a) Itu blog aaa... manyak kulang ajar.. tulis tarak pakai otak.
b) Itu olang tau tulis saja...mana ada pakai otak.
c) Dia ingat...itu internet dia punya tempat kasi kutuk olang ke..
d) Itu olang....ada dapat apa-apa ka kasi kutuk olang, maki sama olang ...
e) Dapat dosa...silap silap, makan free dalam itu penjala...

Sunday, January 24, 2010

Ke Lubang Cacing!!

Apabila kes dua buah surau di "aniayai" di Muar, Menteri Dalam Negeri mengeluarkan kenyataan akan mencari pelakunya sampai ke lubang cacing.
Begitu keras kenyataan itu, yang mengambarkan seriusnya keadaan dan perbuatan itu. Ini semuanya gara-gara pelaku untuk mencari publisiti murah. Yang bestnya, antara pelaku ialah anak seorang anggota Polis. Maka, lubang cacing itu akhirnya turut terpacul di balai polis atau kuarter polis di sana.

Cerita kedai kopi
a) Anak Polis atau anak siapa pun, mereka tetap manusia...jangan anggap anak polis atau anak tok imam semuanya baik. Begitu jugak penjawat awam yang lain. Malah ada juga penjawat awam yang sama naik dengan "orang jahat" yang lain.
b) Aku anak polis jugak...ye lah..aruah ayah aku bekas polis. Jangan sebab anak polis, semua jadi besar!! Media asyik tulis, " anak polis antara yang di tangkap". Dah sah salah ke? Baru kena tangkap...maka jadi lah OKT...Orang Kena Tahan...bukan Orang Yang dah jatuh hukum sebagai bersalah.
c) Alaaa...biasalah ..anak menteri pun ada yang pernah kena tangkap..malah kes yang lebih besar. Tapi sebab ayah atau emak atau mana-mana saudaranya orang yang berjawatan, maka untuk menjadi berita lebih sensasi, pelaku atau orang tertuduh...selalunya dah tenggelam dek nama-nama mereka yang ada kaitan dengan mereka dan ternama pulak.
d) Anak polis kena tangkap tu, bapa dia berpangkat besar ke?
e) Entah, ada berita kata anak anggota polis, ada pulak yang kata anak pegawai polis...
f) mesti kat mahkamah nanti, muka kena tutup habis..macam kes dua polis yang dituduh dan disabit dengan kes bunuh perempuan Mongolia dulu..sampai sudah tak dapat nampak muka pun...
g) Ala...nak tengok muka nak buat apa? Tak ada kena mengena dengan kita. Nak tengok jugak, pergi mahkamah...


Mamak, teh tarik kurang manis satu...kurang manis oooooooooo

Wednesday, January 20, 2010

Sabah - Akhir Nya Sampai ke Lahad Datu

Kebetulan ada acara syarikat di Lahad Datu... review "1st Half Financial Year Performance. Hujan terus dari sini ke sana , malah waktu transit kat KK kena guna payung waktu turun dari Fokker MasWing. Begitu jugak bila di Lahad Datu. Musim hujan dah tiba nampaknya.

Waktu balik, kena bermalam di KK. Tidur kat Promenade Hotel. 4 bintang ... satu malam kena keluar belanja RM230. Nak buat macamana, dah di tempah dek kerani di pejabat.

Waktu sarapan pagi sebelum bertolak ke Sarawak... kami makan kat kedai mamak kat belakang Promenade tu. Pekena capati...dah lama tak kena capati. Sedap pulak.

Cerita Kedai Kopi

a) Makan nasi bila guna daun pisang ni rupanya ada rahsia macamana nak sampaikan penilaian yang kita buat tentang hidangan tadi... cara lipat daun pisang tu selepas siap makan... sedap atau tidak atau no komen...
b) Makan kat kedai mamak memang murah... kalau caj bilik berserta breakfast kena bayar RM266, maknanya RM36 untuk breakfast. kami makan pagi tu, 3 biji tosai, 3 capati, 1 mee goreng, 5 biji pisang, 5 teh tarik baru kena RM23... bayangkan kalau kat hotel tadi, kena RM36 seorang.
c) Mamak memang terror tentang bisness kedai makan... persediaan dan susunatur kedai simple jer.
d) Teh tarik masih manis, walaupun harga gula dah naik.
e) Bila kita order makan, kat kedai mamak, makanan memang cepat sampai.... heran ye.. pekerja tak lah ramai sangat. Ni ke yang dikatakan...produktiviti!!
f) Bila bab nak bayar bil, kira punya kira...pup..nak ni jumlah nya. Cepat betul mamak tu kira..tak pakai calculator pun!