Pages

Friday, February 12, 2010

Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).

Saya tak jelas dan tak berapa nak ambik tahu pasal SBT ni sehinggalah terdengar bicara ini pada satu pagi

a) Macamana depa pilih SBT ni?
b) Mesti dari prestasi student dia... banyak dapat A kut...lepas tu guru mesti baik punya!
c) Banyak peruntukkan depa dapat.. kalu gitu, kalu sekolah dah baik, prestasi tinggi, guru terpilih, peruntukkan banyak, tentu senang nak terus jadi SBT. Budak result teruk sikit mesti dia tendang...
d) Aaa, aku dengaq cerita, sekolah asrama penuh biasa punya peruntukkan pun kena kurang.
e) Ya le, anak aku cakap, makan pun dah macam kena catu.. tak mewah sangat.
f) peruntukkan dah kurang, kena jimat. Tapi, yang aku kesian, member aku jadi cikgu kat sekolah berasrama penuh tu, air cond pun tak boleh pasang. Pasang kipas je.. itu nak jimat bil elektrik.
g) Tu lah, dulu joli, bila kena potong budget, jadi gelabah.
h) itu tak kisah lagi, anak aku cakap, silap-silap esok, elektrik pun kena catu ...kata sekolah dia nak padam atau potong bekalan elektrik selepas jam 1 atau 2 pagi , lepas tu buka semula pada waktu sebelum subuh.
i) kalu gitu dah macam estet zaman dulu... pakai gen set diesel, jam 11 malam tutup gen set dan buka semula jam 4.30 pagi.
j) habis kalu gitu, naya budak2 kat asrama... nak studi lebih tak dapat, tidur malam panas sebab tak boleh pasang kipas. Kalu gitu, sekolah macam ni tak ada peluang nak jadi SBT.
k) Baik anak aku sekolah sini je, at least ada peluang untuk studi dalam keadaan selesa.


Sekolah yang dapat SBT tu semua sekolah yang memang dah ternama, budak-budak memang yang terpilih dari yang sudah terpilih. Mak bapak dio orang pulak memang dah berduit, kalu tak semua pun, tapi peruntukkan baik punya. PIBG loaded. bertuah ler gitu!!

No comments:

Post a Comment