Kebetulan ada acara syarikat di Lahad Datu... review "1st Half Financial Year Performance. Hujan terus dari sini ke sana , malah waktu transit kat KK kena guna payung waktu turun dari Fokker MasWing. Begitu jugak bila di Lahad Datu. Musim hujan dah tiba nampaknya.
Waktu balik, kena bermalam di KK. Tidur kat Promenade Hotel. 4 bintang ... satu malam kena keluar belanja RM230. Nak buat macamana, dah di tempah dek kerani di pejabat.
Waktu sarapan pagi sebelum bertolak ke Sarawak... kami makan kat kedai mamak kat belakang Promenade tu. Pekena capati...dah lama tak kena capati. Sedap pulak.
Cerita Kedai Kopi
a) Makan nasi bila guna daun pisang ni rupanya ada rahsia macamana nak sampaikan penilaian yang kita buat tentang hidangan tadi... cara lipat daun pisang tu selepas siap makan... sedap atau tidak atau no komen...
b) Makan kat kedai mamak memang murah... kalau caj bilik berserta breakfast kena bayar RM266, maknanya RM36 untuk breakfast. kami makan pagi tu, 3 biji tosai, 3 capati, 1 mee goreng, 5 biji pisang, 5 teh tarik baru kena RM23... bayangkan kalau kat hotel tadi, kena RM36 seorang.
c) Mamak memang terror tentang bisness kedai makan... persediaan dan susunatur kedai simple jer.
d) Teh tarik masih manis, walaupun harga gula dah naik.
e) Bila kita order makan, kat kedai mamak, makanan memang cepat sampai.... heran ye.. pekerja tak lah ramai sangat. Ni ke yang dikatakan...produktiviti!!
f) Bila bab nak bayar bil, kira punya kira...pup..nak ni jumlah nya. Cepat betul mamak tu kira..tak pakai calculator pun!
No comments:
Post a Comment