Blog dan blogger dah sinonim dengan internet. Facebook jugak telah menarik jutaan kaki internet.
Cuma, ada blogger yang sering menyalahkan-gunakan blog dan ruang cyber untuk perkara-perkara yang terlalu sensitif dan menyinggung perasaan pihak lain.
Blogger Aduka Taruna bakal berdepan dengan tindakan akibat hasil tulisannya. Saya tak sempat baca kerana tulisan nya itu telah di tarikbalik. Tetapi, ada pulak blog lain, dalam bahasa inggeris dan di tulis oleh seseorang yang rasanya bukan orang Melayu beragama Islam yang telah membangkitkan isu yang sama malah lebih teruk lagi. Blogger ni turut menyiarkan komen-komen yang begitu sensitif terhadap Islam dan orang Islam.
Tak mahu saya menyiarkan nama blog ini...blogger sebegini suka mencari publisiti murah, memburukkan pihak lain sekadar melepas geram atau cuba mempopularkan blog nya. Mungkin esok lusa banyak iklan kat situ.
Mungkin pembaca blog sebegini jangan ikut rentak penulis sebegini... mungkin komen atau ulasan yang sesuai ialah.... 'WAHAI BLOGGER, INGAT LAH APA YANG ANDA TULIS MENGAMBARKAN SIKAP ANDA SENDIRI..MUNGKIN LEBIH TERUK LAGI"
cerita kopi
a) Itu blog aaa... manyak kulang ajar.. tulis tarak pakai otak.
b) Itu olang tau tulis saja...mana ada pakai otak.
c) Dia ingat...itu internet dia punya tempat kasi kutuk olang ke..
d) Itu olang....ada dapat apa-apa ka kasi kutuk olang, maki sama olang ...
e) Dapat dosa...silap silap, makan free dalam itu penjala...
No comments:
Post a Comment