Pages

Monday, July 19, 2010

Piala Dunia - Sulah Abis Lor

"Demam" Piala Dunia dah mula kebah... tapi hari-hari dalam surat kabar dok cerita pasai pemain itu dan ini sedang di jual beli oleh kelab-kelab ternama. Kos nya berjuta-juta ... bukan berjuta rupiah. jadi piala dunia kira macam gelangang uji bakat atau jual kemahiran bermain satu benda kulit bulat bernama bola.

Kat Malaysia dok sibuk, tak habis-habis dengan demam judi bola sepak piala dunia. Aku pun tak tau sapa yang kaya, sapa yang merana. Lesen judi sukan @ bola sepak dah pun dibatalkan. Tapi bab betting nie, sentiasa ada...kadang-kadang spontan jer.

Hari nie, tak lepak kat kedai kopi, nak tengok ada tak perubahan pada harga teh tarik... mungkin nanti. Cuma hari tu, aku terkejut juga sebab kedai yang aku minum sebelum masuk opis, teh tarik dia hanya RM1.... RM1 saja beb. Pelek!! Biasa dalam RM1.50 - RM1.70, ikut saiz gelas.

Lepas tu kecuh pasai Malaysia nak jadi tuan rumah Piala Dunia. Aku rasa biar lah orang lain saja... teringat SUKOM 1998 dulu. Tapi kalu Malaysia sanggup berkorban apa saja, bid tinggi-tinggi, walaupun pasukan bola sepak kita tak setinggi mana, ...mungkin itu lah satu-satunya peluang Malaysia bermain di Piala Dunia, main first opening match, di home ground... buat duit sikit, buang duit banyak... apa salahnya!! Tapi, bak kata mat saleh... "The best is still in your dream", itu kata Mat Saleh...bukan dari Malaysia...but made in Malaysia....

Mamak... itu teh tarik ..harga ada naik ka?
Ayoyo Tambi, tarak naik lor....
Cheh, tak mau minum...mesti manis punya, lua sulah cakap kulang manis, mamak bikin manis jugak!!

Friday, June 18, 2010

Piala Dunia 2010 - Afrika Selatan

Mana-mana kedai mamak 24 jam penuh terutama yang ada skrin tv besar...sebabnya menonton pertandingan bola sepak piala dunia 2010 yang sedang berlangsung di Afrika Selatan.

Member ada berkata... kita ada Mr Universe (tahan badan berotot kasa) dan juga Miss Universe (perempuan muda cantik, berbadan menarik, berpendidikan dan sanggup menayang badan) tetapi heran kenapa tak ada pulak Universe Cup untuk bola sepak menggantikan World Cup, bagi sukan yang pailing popular di dunia.

Tapi mamak kedai cakap...itu world cup tayang olang punya skil main rebut bola sepak masuk jaring. Tak lupa juga itu referi tayang itu kad kuning atau merah untuk pemain yang tayang perangai buruk... sayang tak ada pulak kad hijau supaya lengkap warna trafic light.

Hahaha...banyak keputusan yang di luar jangkaan...malam ni nak tengok England (selaku pasukan ternama dan sombong) bermain jam 2 pagi menentang Algeria...

Thursday, May 20, 2010

Thailand oh Thailand

Lor, apa sulah jali. Itu olang siam sulah mabuk darah. Kalu di Malaysia, mesti sudah manyak kena hentam.

Yo, itu kelajaan sulah lama diam. Itu ekonomi sudah jali teruk. Itu baju melah manyak kasi susah. Lagi mau deman macam-macam.

Itu olang mana dapat luit. Mesti ada olang sponser punya.

Itu pasai jangan pakai baju melah...itu kaler dalah... dulu olang kata kaler melah itu tanda belani.

Abis lah itu macam... mau pigi itu hatnyai pun sulah takut. Dulu bukit kayu itam, itu siam punya olang ada tahan olang malaisia jangan kasi masuk. Abis, sekalang kita talak mau masuk sebab itu tembak-tembak punya hal...

Jangan Malaisia pun jadi itu macam

Friday, May 14, 2010

Kopi Panas

Dua tiga hari nie, cerita panas kat kedai kopi ialah pasal Piala Thomas. Lepas tu cerita pasal Pilihanraya Kecil Parlimen Sibu...dua Lau dengan satu calun bebas.

Yang paling aku syok bila orang tertanya-tanya pasai Hafiz Hashim yang kalah dalam set penentuan bila Malaysia lawan Jepun. Kalu tengok, memang dia tak bersungguh pun tapi kira malu jugak bila ranking 23 kalah dengan pemain ranking 214 dunia. Tapi muka Hafiz macam selamba jer...


Ali: Aku frsut, hafiz macam nak tak nak main.
Ah Chong: Strategi lor, kalu masuk itu grup juala kumpulan tentu kita mungkus awai-awai lagi.
Mutu: Memang talak mungkus awai, tapi sikalang sulah mungkus
Ali: Kita kuat, tapi orang lain lagi kuat.
Ah Chong: Tak kuat lah tu....
Mutu: Sokong...
Bedah: Heh....nak kalah nak buat macamana?


Orang Sibu tengah jadi orang senang sementara...banyak bantuan segera....jalan banyak dah repair. Ada yang di turap semula. Dengar kata ada yang dapat bantuan duit RM600 - RM700. baguih lah...tapi dari mana mai duit banyak-banyak tu...

Tanya aku, duit mai dari langit....!!

Saturday, May 1, 2010

1hb May 2010

SELAMAT HARI PEKERJA, SELAMAT HARI BURUH, SELAMAT HARI SEMUA PARA KARYAWAN ..... SELAMAT SEMUA.

GST AKAN MARI, HARAP2 LAMBAT LAGI....

KOPI SECAWAN MASIH TETAP PADA HARGA YANG SAMA, SAYA SELALU ORDER SEGELAS, TAPI NAMPAKNYA RASA KOPI DAH JAUH BERBEZA. JANGAN DIKIKIS DARI BELAKANG KUALI LAMA SUDAH.

Wednesday, March 31, 2010

Parlimen Dan DUN - Macam kedai Kopi

Dalam seminggu dua ni, Parlimen sibuk dengan cerita pendedahan oleh para bekas MP PKR, yang telah jadi MP Bebas. Maknanya bila dalam PKR atau Pakatan Keadilan Rakyat, mereka ini tak Bebas bersuara...mungkin. Atau semua "Rahsia" itu sebenarnya senjata untuk jadi modal tawar-menawar. Betul ke tidak, hanya mereka-mereka sahaja yang tahu. Itu di Parlimen.



Di DUN Perak pula, anggota YB DUN, macam main sarkis... Yang PKR dengan kertas putih yang di tulis macam-macam dan BN pula dengan cara dia. Macam tadika atau kelas sekolah rendah...cikgu bagi kerja rumah, pakat balik dan kemudian bawa ke kelas, tunjuk pada semua orang.



Saya kata, dua-dua benda yang berlaku di parlimen dan DUN Perak adalah BODOH.





Cerita Kedai Kopi.



Ahmoi - Itu palimen buat olang, talak lain kelija. Buat celita jahat sama olang. Lagi, itu tb ada tayang. Manyak malu ooo..

Kassim - Ahmoi aaa, itu olang kita jugak ada lantik..lua ingat dia olang talak baca itu buku ka, paper ka...itu sebab aaaa, dia olang talak tahu apa mau cakap...itu lagut punya hal..dia olang talak tau punya. Itu ekolomi punya hal pun dia olang talak peduli sebab aaa dia olang sulah kaya...apa lagi mau peduli.

Krishna - Betui-betui talak patut, buang masa saja. itu kita lantik mau cakap pasai macamana mau kasi olang susah senang, macamana itu olang jahat tarak...dia mau cakap pasai olang yang sulah senang , dudok dalam itu palimen.

Kassim - Itu DUN Pelak lagi teluk, macam bulak tadika...manyak bodoh lor.

Ahmoi - Apa maaa, itu olang semua talak buat kerja lumah...tak tau mau cakap apa.. dia olang cari itu kertas besarr punya kasi tulis itu macam-macam.

Krishna - Lua ingat laa.. manyak senang jadi itu olang politik...cakap pun apa-apa.

Kassim- Itu satu Malaysia punya politik memang itu macam laa...itu pasai itu olang dari luar negeli mari pun dia olang talak kisah...itu politik punya olang talak peduli, olang bikin kacau pun dia olang talak peduli. Saya ingat laa. itu Kalam Seng Walia pun talak mau ambik itu aduan lakyat pasai itu YB sebab aaa, sapa dia mau tanya....itu YB tak tau apa-apa lor. Lagi kalu tanya manyak-manyak, nanti itu kalam seng pun jadi kalam lor.

Thursday, February 18, 2010

BERITA HANGAT ATAU HANGIT

ATAS NI POKOK YANG DAH HANGIT & HANGUS

Hari-hari bila buka tv atau baca suratkabar, ada beberapa cerita hangat malah terlalu hangat sehingga hangit....





PERTAMA - berita wajib ialah kes liwat DSAI


KEDUA - berita orang PKR, UMNO, PAS, DAP yang saling tuduh menuduh, jawab menjawab.


KETIGA - berita saman menyaman, kalu menang sah jadi jutawan.


KEEMPAT, KELIMA, KEENAM, KETUJUH, KELAPAN... berita CNY, OPS Sikap, buang bayi .....


YANG AKHIR SEKALI ... kira tak penting......menyelesaikan kesusahan rakyat secara berkhidmat kepada rakyat, membangunkan ekonomi dan pendapatan rakyat, pencegahan rasuah, dadah, pekerja asing tanpa izin (PATI) dan jenayah.








Cerita Kedai Kopi





a) Kalu itu kes ada saja chan mau kasi tangguh, mana mau abis?


b) Itu pasat mahkamah banyak kes tarak selesai... itu semua kira kes kecik...itu liwat punya hal banyak besaq. Itu Australi punya olang pun sudah jemu...minta itu kes kasi gugur.


c) itu olang Australi minta kasi gugur? Apalah..


d) Betui, dia olang minta itu kes kasi tutup, tak payah bicala.


e) itu macam kalu, manyak senang...


f) lain kali, apa2 hal , kasi tutup kes saja lah...


g) itu olang putih mana dia peduli, tempay dia olang liwat tu macam melawat saja, tarak salah...


h) itu macam ka?


i) ya la, tapi lua ingat itu olang putih saja mau bikin kacau...talak tau apa-apa cerita


j) itu lua ada setuju, kalau mau tau cerita, kasi itu kes kasi abis...


k) lagi itu selalu tangguh....apa hat


l) tau tau saja lah...lagi lama lagi kulang stim...atau lagi hangat...jadi hangit looo.


m) sulah lah...itu hal tak payah celita...itu olang semua kaya laya... kita sini jugak..minum kopi...


lUA INGAT lAGI MANYak TANGGUH , lAGI LAMBAT aBIS, LAMA2 hILANG ITU STIM...STIM HABIS tALAK hANGAt LAgI OOOO


Friday, February 12, 2010

Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).

Saya tak jelas dan tak berapa nak ambik tahu pasal SBT ni sehinggalah terdengar bicara ini pada satu pagi

a) Macamana depa pilih SBT ni?
b) Mesti dari prestasi student dia... banyak dapat A kut...lepas tu guru mesti baik punya!
c) Banyak peruntukkan depa dapat.. kalu gitu, kalu sekolah dah baik, prestasi tinggi, guru terpilih, peruntukkan banyak, tentu senang nak terus jadi SBT. Budak result teruk sikit mesti dia tendang...
d) Aaa, aku dengaq cerita, sekolah asrama penuh biasa punya peruntukkan pun kena kurang.
e) Ya le, anak aku cakap, makan pun dah macam kena catu.. tak mewah sangat.
f) peruntukkan dah kurang, kena jimat. Tapi, yang aku kesian, member aku jadi cikgu kat sekolah berasrama penuh tu, air cond pun tak boleh pasang. Pasang kipas je.. itu nak jimat bil elektrik.
g) Tu lah, dulu joli, bila kena potong budget, jadi gelabah.
h) itu tak kisah lagi, anak aku cakap, silap-silap esok, elektrik pun kena catu ...kata sekolah dia nak padam atau potong bekalan elektrik selepas jam 1 atau 2 pagi , lepas tu buka semula pada waktu sebelum subuh.
i) kalu gitu dah macam estet zaman dulu... pakai gen set diesel, jam 11 malam tutup gen set dan buka semula jam 4.30 pagi.
j) habis kalu gitu, naya budak2 kat asrama... nak studi lebih tak dapat, tidur malam panas sebab tak boleh pasang kipas. Kalu gitu, sekolah macam ni tak ada peluang nak jadi SBT.
k) Baik anak aku sekolah sini je, at least ada peluang untuk studi dalam keadaan selesa.


Sekolah yang dapat SBT tu semua sekolah yang memang dah ternama, budak-budak memang yang terpilih dari yang sudah terpilih. Mak bapak dio orang pulak memang dah berduit, kalu tak semua pun, tapi peruntukkan baik punya. PIBG loaded. bertuah ler gitu!!

Friday, February 5, 2010

Kat mana-mana pun, kes liwat yang sibuk dibualkan di mana-mana tempat terutama di kedai kopi dan kedai gunting rambut. Jadi cerita lawak...bila banyak yang ditokok tambah. Aku tak mau nak cerita banyak sebab di tv dan surat kabar dah banyak cerita. Dalam blog banyak komen , ada yang pro, atau yang contra dan ada yang suka buat ulasan sendiri.

Cerita kedai kopi

a) Pukul 8 malam, biasanya aku makan malam dengan famili sambil nonton tv. Bukan makan depan tv, tapi dah meja makan dekat ruang tamu tu, jadi sambil makan tengok berita jam lapan.
b) Hello, tu pun nak cerita!!
c) Aku belum abis lagi...dari mula berita dok cerita kes liwat. bengang aku. Rasanya banyak cerita lain. Sampai kes berak pun jadi berita.
d) Aahaaa, aku hari-hari berak dan kadang-kadang tak berak dua tiga hari tak pulak jadi berita.
e) Kau tu sembelit, kes ni lain....liwat.
f) Aku dengar cerita kat tv jadi malu, geli dan meluat.
h) last-last, aku tengok HBO movie...
i) Malam tadi cerita sahara tu ok apa...pasai rebut air oleh tentera jerman dengan tentera bersekutu. Ada pulak mamat negro main watak islam. Lawak pun ada...
j) Sahara pulak....ingat tak Sahara Yaakob..... ala yang masuk Al Alqam tu, kata kawin dengar doktor, lepas tu entah..
k) Penyanyi yang selalu seksi tu..
l) Yaaa.... senyap ye bro...

Thursday, January 28, 2010

KOPI KU SEDAP...



Kalau di Utara, kopi memang menjadi kegemaran di rumah. Tapi kalu pergi minum kat kedai mamak, teh tarik jugak jadi pilihan.


Kat rumah, aku selalu minum nescafe, jarang minum kopi biasa. kat kedai, mesti teh tarik. Tak tau sebab apa pilihan menjadi berbeza apabila berada dalam keadaan dan tempat yang berbeza.


Kalu nak minum minuman yang ada tongkat ali atau ginseng, selalunya kat project site. Satu lagi tanda tanya. Milo, kadang-kadang tapi kalu air soya, setiap hari sepanjang masa memang ada stok kat rumah. Anak-anak pun suka...sejuk lagi best dan nyaman.



Monday, January 25, 2010

Blogger Oh Blogger

Blog dan blogger dah sinonim dengan internet. Facebook jugak telah menarik jutaan kaki internet.

Cuma, ada blogger yang sering menyalahkan-gunakan blog dan ruang cyber untuk perkara-perkara yang terlalu sensitif dan menyinggung perasaan pihak lain.

Blogger Aduka Taruna bakal berdepan dengan tindakan akibat hasil tulisannya. Saya tak sempat baca kerana tulisan nya itu telah di tarikbalik. Tetapi, ada pulak blog lain, dalam bahasa inggeris dan di tulis oleh seseorang yang rasanya bukan orang Melayu beragama Islam yang telah membangkitkan isu yang sama malah lebih teruk lagi. Blogger ni turut menyiarkan komen-komen yang begitu sensitif terhadap Islam dan orang Islam.

Tak mahu saya menyiarkan nama blog ini...blogger sebegini suka mencari publisiti murah, memburukkan pihak lain sekadar melepas geram atau cuba mempopularkan blog nya. Mungkin esok lusa banyak iklan kat situ.

Mungkin pembaca blog sebegini jangan ikut rentak penulis sebegini... mungkin komen atau ulasan yang sesuai ialah.... 'WAHAI BLOGGER, INGAT LAH APA YANG ANDA TULIS MENGAMBARKAN SIKAP ANDA SENDIRI..MUNGKIN LEBIH TERUK LAGI"

cerita kopi

a) Itu blog aaa... manyak kulang ajar.. tulis tarak pakai otak.
b) Itu olang tau tulis saja...mana ada pakai otak.
c) Dia ingat...itu internet dia punya tempat kasi kutuk olang ke..
d) Itu olang....ada dapat apa-apa ka kasi kutuk olang, maki sama olang ...
e) Dapat dosa...silap silap, makan free dalam itu penjala...

Sunday, January 24, 2010

Ke Lubang Cacing!!

Apabila kes dua buah surau di "aniayai" di Muar, Menteri Dalam Negeri mengeluarkan kenyataan akan mencari pelakunya sampai ke lubang cacing.
Begitu keras kenyataan itu, yang mengambarkan seriusnya keadaan dan perbuatan itu. Ini semuanya gara-gara pelaku untuk mencari publisiti murah. Yang bestnya, antara pelaku ialah anak seorang anggota Polis. Maka, lubang cacing itu akhirnya turut terpacul di balai polis atau kuarter polis di sana.

Cerita kedai kopi
a) Anak Polis atau anak siapa pun, mereka tetap manusia...jangan anggap anak polis atau anak tok imam semuanya baik. Begitu jugak penjawat awam yang lain. Malah ada juga penjawat awam yang sama naik dengan "orang jahat" yang lain.
b) Aku anak polis jugak...ye lah..aruah ayah aku bekas polis. Jangan sebab anak polis, semua jadi besar!! Media asyik tulis, " anak polis antara yang di tangkap". Dah sah salah ke? Baru kena tangkap...maka jadi lah OKT...Orang Kena Tahan...bukan Orang Yang dah jatuh hukum sebagai bersalah.
c) Alaaa...biasalah ..anak menteri pun ada yang pernah kena tangkap..malah kes yang lebih besar. Tapi sebab ayah atau emak atau mana-mana saudaranya orang yang berjawatan, maka untuk menjadi berita lebih sensasi, pelaku atau orang tertuduh...selalunya dah tenggelam dek nama-nama mereka yang ada kaitan dengan mereka dan ternama pulak.
d) Anak polis kena tangkap tu, bapa dia berpangkat besar ke?
e) Entah, ada berita kata anak anggota polis, ada pulak yang kata anak pegawai polis...
f) mesti kat mahkamah nanti, muka kena tutup habis..macam kes dua polis yang dituduh dan disabit dengan kes bunuh perempuan Mongolia dulu..sampai sudah tak dapat nampak muka pun...
g) Ala...nak tengok muka nak buat apa? Tak ada kena mengena dengan kita. Nak tengok jugak, pergi mahkamah...


Mamak, teh tarik kurang manis satu...kurang manis oooooooooo

Wednesday, January 20, 2010

Sabah - Akhir Nya Sampai ke Lahad Datu

Kebetulan ada acara syarikat di Lahad Datu... review "1st Half Financial Year Performance. Hujan terus dari sini ke sana , malah waktu transit kat KK kena guna payung waktu turun dari Fokker MasWing. Begitu jugak bila di Lahad Datu. Musim hujan dah tiba nampaknya.

Waktu balik, kena bermalam di KK. Tidur kat Promenade Hotel. 4 bintang ... satu malam kena keluar belanja RM230. Nak buat macamana, dah di tempah dek kerani di pejabat.

Waktu sarapan pagi sebelum bertolak ke Sarawak... kami makan kat kedai mamak kat belakang Promenade tu. Pekena capati...dah lama tak kena capati. Sedap pulak.

Cerita Kedai Kopi

a) Makan nasi bila guna daun pisang ni rupanya ada rahsia macamana nak sampaikan penilaian yang kita buat tentang hidangan tadi... cara lipat daun pisang tu selepas siap makan... sedap atau tidak atau no komen...
b) Makan kat kedai mamak memang murah... kalau caj bilik berserta breakfast kena bayar RM266, maknanya RM36 untuk breakfast. kami makan pagi tu, 3 biji tosai, 3 capati, 1 mee goreng, 5 biji pisang, 5 teh tarik baru kena RM23... bayangkan kalau kat hotel tadi, kena RM36 seorang.
c) Mamak memang terror tentang bisness kedai makan... persediaan dan susunatur kedai simple jer.
d) Teh tarik masih manis, walaupun harga gula dah naik.
e) Bila kita order makan, kat kedai mamak, makanan memang cepat sampai.... heran ye.. pekerja tak lah ramai sangat. Ni ke yang dikatakan...produktiviti!!
f) Bila bab nak bayar bil, kira punya kira...pup..nak ni jumlah nya. Cepat betul mamak tu kira..tak pakai calculator pun!

Wednesday, January 13, 2010

Orang Bodoh Punya Kerja

Orang yang mensensasikan isu Kalimah ALLAH dan orang yang menyerang atau buat kianat terhadap rumah ibadat samada gereja, surau, masjid atau mana-mana kuil /tokong adalah orang bodoh yang tak ada kerja.

Dan orang yang mencelah apabila kontroversi ini tengah hangat adalah orang yang lebih bodoh dan memang tak sensitif dengan keharmonian dan perpaduan negara ini.

Berita di tv jugak bodoh sebab isu yang tentunya sensitif menjadi bahan untuk menaikkan rating , dengan temuramah orang-orang tertentu yang memberikan pendapat peribadi (konon nya pakar) yang boleh mengelirukan.

Jadi, jangan jadi orang bodoh dimana ada pihak lain akan mengambil kesempatan dari kekecuhan ini. Dah pun ada ura-ura atau kabar angin yang mengatakan pelancung takut nak ke Malaysia.

Demonstrasi oleh mana-mana pihak pun tak ada gunanya. Pelajar dan mahasiswa jangan dibenarkan terlibat...anak muda yang mudah di bakar!! Dulu kata tak boleh...sekarang dah cakap, kementerian tak boleh menghalang!! Apa dah jadi?

Cerita Kedai Kopi
a) Kalau lu orang agama kristian dan kawan saya, tentunya jika ada orang mau kacau sama lu, gua mesti tolong punya. Ini bukan pasai ugama, ini pasai kita sulah lama kawan.
b) Itu hal ugama punya, kita lulu talak tau, itu news kasi kita tau. Manyak heboh. Orang boloh kalu, mudah kena bakar. Itu pasat ini hal jadi lagi kecuh libut.
c) Itu bikin kacau punya olang, memang talak ugama, talak tau guna akai maaaa...

Si kembar Pembunuh

Ada terbaca satu artikel berkenaan dengan rokok dan gula. Dua-dua memang berpotensi menjadi pembunuh. Jadi kembar ni pembunuh senyap-senyap.

Rokok dah memang sah banyak toksin, beribu katanya toksin yang ada dalam asap rokok yang sedap di sedut tu...cuma rokok hanya untuk perokok dan mereka-mereka yang berada dalam lingkaran perokok...secondary smoker.

Gula pulak, merangkumi jumlah khalayak yang lebih ramai. Dan gula juga dah jadi sebahagian dari kehidupan kita di Malaysia terutama orang Melayu.

Kembar ini menpunyai satu perbezaan yang ketara.... bila rokok naik, hanya perokok yang terkilan, tak lah bising sangat tapi yang tidak merokok akan bising dan mulalah berkata " padan muka, hisap rokok lagi". Tapi bila gula naik, bising nya lebih ketara termasuklah perokok yang memang minum minuman dengan gula. Hanya perokok dan minum minuman manis, sakitnya lebih cepat mendatang!

Cerita kedai kopi
a) Bila gula naik, kerajaan kata tak nak bagi subsidi dan tentulah tak logik nak bagi sebab gula dah tentunya ada bahaya untuk kesihatan
b) Maka siperokok pun berkata " nanti kerajaan mungkin akan buat gambar macam kat kotak rokok tu"... dengan amaran...makan gula berlebihan boleh membahayakan kesihatan...Amaran oleh Kerajaan Malaysia. Gambar grafik tu tunjuk gambar orang yang kena potong kaki sebab kena kencing manis.
c) Abis, orang yang bertunang tu darah manis...macamana pulak?
d) Dah... tak fahaam sudah!

Cerita Si Mug Kopi


Ni setakat mug yang tertulis "COFFEE". Boleh jadi trademark nanti. Nak bancuh air lain pun tak ada hal. Dua tiga hari ni, masih banyak di hidangkan air kopi yang teramat manis. Tak minum, takut tuan punya kopi terasa hati...dah minum, sedap pulak sedut asap rokok...pembinasa!

Tuesday, January 12, 2010

Satu Permulaan Di Tahun Baru, Dengan Harga Gula Yang Baru

Gula naik 20 sen...tak banyak. Tapi kecuh... di kedai kopi lagi kecuh. Timbul idea, rupanya di kedai kopi ni banyak cerita.

Terbaru, walaupun gula harga dah naik, tak banyak, sikit jer, tapi teh tarik yang aku minta pagi tadi, apabila diminum... amboi manis yang amat.

Bila pulak harga gula naik nie?