Pages

Thursday, January 28, 2010

KOPI KU SEDAP...



Kalau di Utara, kopi memang menjadi kegemaran di rumah. Tapi kalu pergi minum kat kedai mamak, teh tarik jugak jadi pilihan.


Kat rumah, aku selalu minum nescafe, jarang minum kopi biasa. kat kedai, mesti teh tarik. Tak tau sebab apa pilihan menjadi berbeza apabila berada dalam keadaan dan tempat yang berbeza.


Kalu nak minum minuman yang ada tongkat ali atau ginseng, selalunya kat project site. Satu lagi tanda tanya. Milo, kadang-kadang tapi kalu air soya, setiap hari sepanjang masa memang ada stok kat rumah. Anak-anak pun suka...sejuk lagi best dan nyaman.



Monday, January 25, 2010

Blogger Oh Blogger

Blog dan blogger dah sinonim dengan internet. Facebook jugak telah menarik jutaan kaki internet.

Cuma, ada blogger yang sering menyalahkan-gunakan blog dan ruang cyber untuk perkara-perkara yang terlalu sensitif dan menyinggung perasaan pihak lain.

Blogger Aduka Taruna bakal berdepan dengan tindakan akibat hasil tulisannya. Saya tak sempat baca kerana tulisan nya itu telah di tarikbalik. Tetapi, ada pulak blog lain, dalam bahasa inggeris dan di tulis oleh seseorang yang rasanya bukan orang Melayu beragama Islam yang telah membangkitkan isu yang sama malah lebih teruk lagi. Blogger ni turut menyiarkan komen-komen yang begitu sensitif terhadap Islam dan orang Islam.

Tak mahu saya menyiarkan nama blog ini...blogger sebegini suka mencari publisiti murah, memburukkan pihak lain sekadar melepas geram atau cuba mempopularkan blog nya. Mungkin esok lusa banyak iklan kat situ.

Mungkin pembaca blog sebegini jangan ikut rentak penulis sebegini... mungkin komen atau ulasan yang sesuai ialah.... 'WAHAI BLOGGER, INGAT LAH APA YANG ANDA TULIS MENGAMBARKAN SIKAP ANDA SENDIRI..MUNGKIN LEBIH TERUK LAGI"

cerita kopi

a) Itu blog aaa... manyak kulang ajar.. tulis tarak pakai otak.
b) Itu olang tau tulis saja...mana ada pakai otak.
c) Dia ingat...itu internet dia punya tempat kasi kutuk olang ke..
d) Itu olang....ada dapat apa-apa ka kasi kutuk olang, maki sama olang ...
e) Dapat dosa...silap silap, makan free dalam itu penjala...

Sunday, January 24, 2010

Ke Lubang Cacing!!

Apabila kes dua buah surau di "aniayai" di Muar, Menteri Dalam Negeri mengeluarkan kenyataan akan mencari pelakunya sampai ke lubang cacing.
Begitu keras kenyataan itu, yang mengambarkan seriusnya keadaan dan perbuatan itu. Ini semuanya gara-gara pelaku untuk mencari publisiti murah. Yang bestnya, antara pelaku ialah anak seorang anggota Polis. Maka, lubang cacing itu akhirnya turut terpacul di balai polis atau kuarter polis di sana.

Cerita kedai kopi
a) Anak Polis atau anak siapa pun, mereka tetap manusia...jangan anggap anak polis atau anak tok imam semuanya baik. Begitu jugak penjawat awam yang lain. Malah ada juga penjawat awam yang sama naik dengan "orang jahat" yang lain.
b) Aku anak polis jugak...ye lah..aruah ayah aku bekas polis. Jangan sebab anak polis, semua jadi besar!! Media asyik tulis, " anak polis antara yang di tangkap". Dah sah salah ke? Baru kena tangkap...maka jadi lah OKT...Orang Kena Tahan...bukan Orang Yang dah jatuh hukum sebagai bersalah.
c) Alaaa...biasalah ..anak menteri pun ada yang pernah kena tangkap..malah kes yang lebih besar. Tapi sebab ayah atau emak atau mana-mana saudaranya orang yang berjawatan, maka untuk menjadi berita lebih sensasi, pelaku atau orang tertuduh...selalunya dah tenggelam dek nama-nama mereka yang ada kaitan dengan mereka dan ternama pulak.
d) Anak polis kena tangkap tu, bapa dia berpangkat besar ke?
e) Entah, ada berita kata anak anggota polis, ada pulak yang kata anak pegawai polis...
f) mesti kat mahkamah nanti, muka kena tutup habis..macam kes dua polis yang dituduh dan disabit dengan kes bunuh perempuan Mongolia dulu..sampai sudah tak dapat nampak muka pun...
g) Ala...nak tengok muka nak buat apa? Tak ada kena mengena dengan kita. Nak tengok jugak, pergi mahkamah...


Mamak, teh tarik kurang manis satu...kurang manis oooooooooo

Wednesday, January 20, 2010

Sabah - Akhir Nya Sampai ke Lahad Datu

Kebetulan ada acara syarikat di Lahad Datu... review "1st Half Financial Year Performance. Hujan terus dari sini ke sana , malah waktu transit kat KK kena guna payung waktu turun dari Fokker MasWing. Begitu jugak bila di Lahad Datu. Musim hujan dah tiba nampaknya.

Waktu balik, kena bermalam di KK. Tidur kat Promenade Hotel. 4 bintang ... satu malam kena keluar belanja RM230. Nak buat macamana, dah di tempah dek kerani di pejabat.

Waktu sarapan pagi sebelum bertolak ke Sarawak... kami makan kat kedai mamak kat belakang Promenade tu. Pekena capati...dah lama tak kena capati. Sedap pulak.

Cerita Kedai Kopi

a) Makan nasi bila guna daun pisang ni rupanya ada rahsia macamana nak sampaikan penilaian yang kita buat tentang hidangan tadi... cara lipat daun pisang tu selepas siap makan... sedap atau tidak atau no komen...
b) Makan kat kedai mamak memang murah... kalau caj bilik berserta breakfast kena bayar RM266, maknanya RM36 untuk breakfast. kami makan pagi tu, 3 biji tosai, 3 capati, 1 mee goreng, 5 biji pisang, 5 teh tarik baru kena RM23... bayangkan kalau kat hotel tadi, kena RM36 seorang.
c) Mamak memang terror tentang bisness kedai makan... persediaan dan susunatur kedai simple jer.
d) Teh tarik masih manis, walaupun harga gula dah naik.
e) Bila kita order makan, kat kedai mamak, makanan memang cepat sampai.... heran ye.. pekerja tak lah ramai sangat. Ni ke yang dikatakan...produktiviti!!
f) Bila bab nak bayar bil, kira punya kira...pup..nak ni jumlah nya. Cepat betul mamak tu kira..tak pakai calculator pun!

Wednesday, January 13, 2010

Orang Bodoh Punya Kerja

Orang yang mensensasikan isu Kalimah ALLAH dan orang yang menyerang atau buat kianat terhadap rumah ibadat samada gereja, surau, masjid atau mana-mana kuil /tokong adalah orang bodoh yang tak ada kerja.

Dan orang yang mencelah apabila kontroversi ini tengah hangat adalah orang yang lebih bodoh dan memang tak sensitif dengan keharmonian dan perpaduan negara ini.

Berita di tv jugak bodoh sebab isu yang tentunya sensitif menjadi bahan untuk menaikkan rating , dengan temuramah orang-orang tertentu yang memberikan pendapat peribadi (konon nya pakar) yang boleh mengelirukan.

Jadi, jangan jadi orang bodoh dimana ada pihak lain akan mengambil kesempatan dari kekecuhan ini. Dah pun ada ura-ura atau kabar angin yang mengatakan pelancung takut nak ke Malaysia.

Demonstrasi oleh mana-mana pihak pun tak ada gunanya. Pelajar dan mahasiswa jangan dibenarkan terlibat...anak muda yang mudah di bakar!! Dulu kata tak boleh...sekarang dah cakap, kementerian tak boleh menghalang!! Apa dah jadi?

Cerita Kedai Kopi
a) Kalau lu orang agama kristian dan kawan saya, tentunya jika ada orang mau kacau sama lu, gua mesti tolong punya. Ini bukan pasai ugama, ini pasai kita sulah lama kawan.
b) Itu hal ugama punya, kita lulu talak tau, itu news kasi kita tau. Manyak heboh. Orang boloh kalu, mudah kena bakar. Itu pasat ini hal jadi lagi kecuh libut.
c) Itu bikin kacau punya olang, memang talak ugama, talak tau guna akai maaaa...

Si kembar Pembunuh

Ada terbaca satu artikel berkenaan dengan rokok dan gula. Dua-dua memang berpotensi menjadi pembunuh. Jadi kembar ni pembunuh senyap-senyap.

Rokok dah memang sah banyak toksin, beribu katanya toksin yang ada dalam asap rokok yang sedap di sedut tu...cuma rokok hanya untuk perokok dan mereka-mereka yang berada dalam lingkaran perokok...secondary smoker.

Gula pulak, merangkumi jumlah khalayak yang lebih ramai. Dan gula juga dah jadi sebahagian dari kehidupan kita di Malaysia terutama orang Melayu.

Kembar ini menpunyai satu perbezaan yang ketara.... bila rokok naik, hanya perokok yang terkilan, tak lah bising sangat tapi yang tidak merokok akan bising dan mulalah berkata " padan muka, hisap rokok lagi". Tapi bila gula naik, bising nya lebih ketara termasuklah perokok yang memang minum minuman dengan gula. Hanya perokok dan minum minuman manis, sakitnya lebih cepat mendatang!

Cerita kedai kopi
a) Bila gula naik, kerajaan kata tak nak bagi subsidi dan tentulah tak logik nak bagi sebab gula dah tentunya ada bahaya untuk kesihatan
b) Maka siperokok pun berkata " nanti kerajaan mungkin akan buat gambar macam kat kotak rokok tu"... dengan amaran...makan gula berlebihan boleh membahayakan kesihatan...Amaran oleh Kerajaan Malaysia. Gambar grafik tu tunjuk gambar orang yang kena potong kaki sebab kena kencing manis.
c) Abis, orang yang bertunang tu darah manis...macamana pulak?
d) Dah... tak fahaam sudah!

Cerita Si Mug Kopi


Ni setakat mug yang tertulis "COFFEE". Boleh jadi trademark nanti. Nak bancuh air lain pun tak ada hal. Dua tiga hari ni, masih banyak di hidangkan air kopi yang teramat manis. Tak minum, takut tuan punya kopi terasa hati...dah minum, sedap pulak sedut asap rokok...pembinasa!

Tuesday, January 12, 2010

Satu Permulaan Di Tahun Baru, Dengan Harga Gula Yang Baru

Gula naik 20 sen...tak banyak. Tapi kecuh... di kedai kopi lagi kecuh. Timbul idea, rupanya di kedai kopi ni banyak cerita.

Terbaru, walaupun gula harga dah naik, tak banyak, sikit jer, tapi teh tarik yang aku minta pagi tadi, apabila diminum... amboi manis yang amat.

Bila pulak harga gula naik nie?