Pages

Wednesday, September 7, 2011

Kita Mudah Lupa

Subjek Sejarah dulu dikenai sebagai subjek Tawarikh...itu masa aku sekolah rendah. Dah tukar nama tetapi sejarah yang termaktub tak boleh di tukar.

Nama subjek sejarah boleh di tukar kepada Kenangan Dulu atau Catatan Dulu atau Peristiwa Dulu atau lebih indah MKI (masihkah kau ingat - klasik nasional) tetapi isinya tetap sama...Dapat A1 atau F9, perkara yag diajar tetap sama cuma penerimaan sipelajar mungkin berbeza tahapnya. Tahap penerimaan ditentukan melalui peperiksaan....itu saja.

Kalau komunis ditolak oleh kita...maka tidak ada sapa yang boleh berkata bahawa komunis itu bagus...walaupun si komunis itu Melayu Islam. Walaupun yang berkata itu Melayu Islam..komunis tetap komunis...samada menentang penjajah atau mereka itu sendiri ingin menjajah melalui ideologi komunisnya..

Maka komunis itu adalah TIDAK UNTUK KITA RAKYAT MALAYSIA ATAU MALAYA ATAU PERSEKUTUAN TANAH MELAYU. Kiblat penjajah ideologi komunis itu dimana?

Tak berselera aku nak minum kopi lagi...mungkin kena tukar kopi special..Mamak sori, ini hari gua cakap ada pelek sikit...

Ada "Kopi Mocha IceBended" kah mamak? Kasi satu!!!

Monday, July 11, 2011

BERSIH

Nie bukan cerita kat kedai kopi....aku di kedai gunting rambut. Apek yang gunting rambut tu ada jugak ambik tau pasai BERSIH. Aku rasa, dari cara dia cakap, dia macam berat belah grup BERSIH.

Dia bagi tau aku yang kat Bintulu ada 18 orang kena tangkap sebab pakai t-shirt warna kuning BERSIH kat area Parkcity. Berkumpul tapi bukan berdemo.

Aku cakap "dah tau T-shirt tu identiti BERSIH, satu persatuan atau gabungan yang di haramkan, buat apa pakai. Tu macam mencabar". Itu olang semua ahh gang pembangkang...itu semua sokong BERSIH.Itu balas apek.

"lu ingat, kalau itu olang jadi pemerintah, dia olang akan Bersih ka" tanya aku. "Susah la mau cakap"... jawab dia.

Apa-apa pun tak ada benda yang lengkap, sempurna dan bersih jika ada kaitan dengan politik...politik parti kah atau politik pejabat ka , semua sama. Tengok waktu pemilihan dalam parti...parti pembangkang atau kerajaan, semua ada kecuh, semua tak puas hati...

Jadi mana ada yang betui-betui bersih...demokrasi itu sendiri kotor, politik itu lagi kotor dan mengotorkan...

Friday, July 8, 2011

LEPAK , MELEPAK DAN "MERELAKSKAN OTAK"




SIMILAJAU NATIONAL PARK.... CANTIK, RELAKS, SUNYI...TAPI LAMA2 MAU JUGAK NAIK BORING, KALU TAK PLAN AKTIVITI... NAK KE SINI LAGI...TREKKING DGN FAMILI.














Thursday, June 30, 2011

BERSIH

Adakah perarakkan BERSIH akan membersihkan keadaan atau menambahkan kotor nya keadaan.. Aku nak tengok. Sori lah mamak kalau gua lepak kedai lain. Mau tengok itu demo... kat TV saja..itu pun kalu ada gambar.. Teh tarik sama roti canai boleh tukar sama kopi o panas sama cucur kodok..wauuuu.

Thursday, June 9, 2011

Air yang Aku Minum...

Air yang aku minum nie tawar....Air yang aku minum mahai nak giler....air yang aku minum katanya baik untuk kesihatan...air yang aku minum ada byk kandungan oksigen, air yang aku minum byk mineral... air yang aku minum ni harga RM6 bagi setengah liter.. air yang aku minum ni bakal yang terakhir......

Teh tarik kedai mamak...lemak manis harga nya baru RM1.70 bagi gelas besar dan RM1 bagi gelas kecik....

So aku terus minum teh tarik mamak yang lemak manis....

Thursday, June 2, 2011

Khenduri...

Musim kenduri dah sampai...hari-hari ada kenduri terutama pada hari Sabtu dan Ahad. Sebabnya ialah cuti sekolah. Cuti sekolah menjadi ibu kepada semua perancangan keluarga untuk bercuti, mengadakan kenduri kawin , berkhatan anak2 dan juga meminang....

Kenduri sekarang dah banyak berubah, senang guna katerer dan tiada lagi gotong royong ala kampung-kampung dulu. Semangat kekeluargaan di kampung pun dah berubah..sebabnya belanja murah jika di buat di hotel, jemput yang rapat sahaja dan kedudukan rumah di taman perumahan yang membataskan semuanya.

Pakaian pengantin melayu dah berubah kepada kebaratan walaupun ada orang putih bersanding cara melayu. Yang kaya, hebuh buat besar-besaran sebab yang tunjuk dia mampu buat yang terbaik. Kawan yang dijemput pun hebat-hebat belaka. Kalau dulu kita bagi bunga telur yang di ikat atau gantung pada batang lidi atau dalam kotak kecil untuk telur, tapi sekarang dah berubah. Ada yang bagi tuala yang dilipat secara kreatif atau gula-gula. Alasan nya , sapa yang makan telur dari bunga telur tu....

Kita orang melayu memang hebat bab meniru..kereta pengantin pun di hias ala kereta pengatin cina, pakaian ala2 barat, makan secara buffet dan kad jemputan kawin semuanya hebat-hebat...jangan kawin hebat, bercerai pun hebat....jangan terus meniru...........

Monday, May 9, 2011

Kisah Video Seks Lagi

Tak abis-abis...dari video pendek hingga lah ke versi panjang 16 minit. Banyak bayangan yang separa jelas. Yang jelas nya muka amoi tu...tapi tengok gaya macam tak profesional sebab ada gaya malu-malu. Ni pi kutip tang mana tak tahu lah...

Yang jelas nya kat rambut-rambut halus hitam si amoi tu... ishh...ishh...ishh. Tak pernah habis aku tengok sebab tak ada kualiti...buat suspen jer.

Si laki, susah nak cakap..bak kata kawan aku...nak tuduh orang berzina (dah hubungan bukan suami isteri) dah berdosa kalau tuduh tak menentu. Kalu ikut hukum, menuduh tak bukti jelas mau kena rotan jugak. Tapi kalu betui , kita pulak tengok, dah kira bersubahat. Ehh betui jugak, takat ni tak ada lagi yang buat lapuran kat pejabat agama islam atau penguatkuasa agama tentang berlakunya zina oleh orang yang di tuduh.. Aku tak mau terlibat...tengok walaupun sekejap pun dah berdosa...tapi, sekarang orang berlumba-lumba nak postkan video full version ni..katanya HD lagi...Bilik hotel tu pun ciput, tak ada kelas, katil single kecik pulak tu..si amoi tu dok bergaru, mungkin cadar tu jenis low quality.... miang.

Tu lah dunia. Aku nak tengok kesudahan drama ni...drama politik, untuk orang politik, oleh orang politik, untuk dipolitikkan.. kesian pada para isteri dan anak-anak2 yang turut terbabit..

Ada RM ke?