Pages

Thursday, June 2, 2011

Khenduri...

Musim kenduri dah sampai...hari-hari ada kenduri terutama pada hari Sabtu dan Ahad. Sebabnya ialah cuti sekolah. Cuti sekolah menjadi ibu kepada semua perancangan keluarga untuk bercuti, mengadakan kenduri kawin , berkhatan anak2 dan juga meminang....

Kenduri sekarang dah banyak berubah, senang guna katerer dan tiada lagi gotong royong ala kampung-kampung dulu. Semangat kekeluargaan di kampung pun dah berubah..sebabnya belanja murah jika di buat di hotel, jemput yang rapat sahaja dan kedudukan rumah di taman perumahan yang membataskan semuanya.

Pakaian pengantin melayu dah berubah kepada kebaratan walaupun ada orang putih bersanding cara melayu. Yang kaya, hebuh buat besar-besaran sebab yang tunjuk dia mampu buat yang terbaik. Kawan yang dijemput pun hebat-hebat belaka. Kalau dulu kita bagi bunga telur yang di ikat atau gantung pada batang lidi atau dalam kotak kecil untuk telur, tapi sekarang dah berubah. Ada yang bagi tuala yang dilipat secara kreatif atau gula-gula. Alasan nya , sapa yang makan telur dari bunga telur tu....

Kita orang melayu memang hebat bab meniru..kereta pengantin pun di hias ala kereta pengatin cina, pakaian ala2 barat, makan secara buffet dan kad jemputan kawin semuanya hebat-hebat...jangan kawin hebat, bercerai pun hebat....jangan terus meniru...........

No comments:

Post a Comment