Pages

Thursday, April 12, 2012

PTPTN

Sekarang dok sibuk orang dok kata pasai PTPTN atau Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Negara (betui ka?). Dah jadi modai politik baik di pihak Pembangkang atau Pakatan Rakyat dgn Kerajaan Pusat atau BN. Nak di hapuskan pinjaman dan sebagainya.

Bila kita kata pinjam atau meminjam, sah kena bayar. Ugama pun kata begitu. Zaman aku belajar duu tak pulak ada benda mcm ni cuma kalu yang cerdik tu (aku tak ermasuk dalam gologan ni), kerajaan akan tawarkan biasiswa. La ni, biasiswa pun ada, pinjaman pun ada. Cuma la ni yang dapat 9A, dah macam gerenti dapat biasiswa. Yang tak dapat kena lah minta pinjaman samada dari Bank, MARA atau yang popular nya ialah PTPTN.

Kenapa PTPN popular Popular sebab banyak yang keluar tapi kurang yang masuk. Atau banyak yang ambik PTPTN tapi bila dah keluar bekerja, banyak jugak yang tak bayar. Jadi, reaksi berantainya nya ialah, kurang lah duit PTPTN untuk nak buat pusingan. Kalu dah cerdik tu (selalu dari keluarga yang berada atau sederhana....ada segelintir saja dari yang kurang mampu) dah boleh dapat biasiswa, yang sederhana tu kena lah mengharap PTPTN. Biaya universiti bukan murah...kena pulak kat IPTS...memang tinggi.


Mamak : Dei, itu olang bukan saja talak bayar itu utang belajar , utang saya punya gelai pun susah mau bayar

Pelanggan 1 : Aya, itu olang belum dapat keleja...mana ada wang bayar.

Mamak : Itu bayar utang makan sama belajar talak bayar, manyak liat mau bayar..tapi itu utang keleta sama itu belanja amoi ada uang.

Pelanggan 2 : Itu utang keleta , talak bayar itu bank ada talik....itu amoi kalu talak belanja mana dia mau tertalik..ayoyo aya.

Mamak : itu macam ka...kalu itu macam..itu olang kalu mali, saya talak mau bikin order.

Pelanggan 1 : Pandai lah lu mamak.

Thursday, February 9, 2012

Kopi

Berapa kerap aku minum kopi? Kopi O atau kopi susu? Jarang-jarang...kecuali kalau balik kampong di Perlis. Entah lah kopi sana kaw-kaw kut terutama yang mak aku bancuh. Sekarang kat kedai...minuman yang dah sebati ialah teh tarik walaupun rasanya tak semestinya sama. Ikut kedai. Ada yang bubuh horlicks sikit bagi ada rasa lemah...bubuh banyak dah kurang rasa teh..yang bahayanya..kata orang ialah teh kat kedai jenis yang murah...banyak pewarna...bahaya untuk kesihatan. Tapi orang tetap minum. Teh tarik kurang manis rasanya sama cuma kena sebut lebih sikit...

Friday, December 16, 2011

kedak kopi....

Pelanggan ramai...servis pun yang amat slow...tak kira lagi bab pinggan dengan gelas kotor atas meja....meja berselerak.....tauke pulak dok pusing atas bawah dok kata ' sori no...lambat sikit..tak cukup pekerja' ..... dah tau bisnes ok ambik lah pekerja tambah...kalau selalu lambat, meja haru biru, lama lama orang malas masuk...Apa punya stategi ni...nak jimat jangka pendek

Friday, October 7, 2011

Harga Minyak

Di Malaysia...petrol RM2.30/liter, di Hong Kong RM7 lebih per liter.

Di Malaysia , Nasi briani...RM6 - RM10, di Hong Kong RM24 - RM28.

cukup lah.....

Wednesday, September 7, 2011

Kita Mudah Lupa

Subjek Sejarah dulu dikenai sebagai subjek Tawarikh...itu masa aku sekolah rendah. Dah tukar nama tetapi sejarah yang termaktub tak boleh di tukar.

Nama subjek sejarah boleh di tukar kepada Kenangan Dulu atau Catatan Dulu atau Peristiwa Dulu atau lebih indah MKI (masihkah kau ingat - klasik nasional) tetapi isinya tetap sama...Dapat A1 atau F9, perkara yag diajar tetap sama cuma penerimaan sipelajar mungkin berbeza tahapnya. Tahap penerimaan ditentukan melalui peperiksaan....itu saja.

Kalau komunis ditolak oleh kita...maka tidak ada sapa yang boleh berkata bahawa komunis itu bagus...walaupun si komunis itu Melayu Islam. Walaupun yang berkata itu Melayu Islam..komunis tetap komunis...samada menentang penjajah atau mereka itu sendiri ingin menjajah melalui ideologi komunisnya..

Maka komunis itu adalah TIDAK UNTUK KITA RAKYAT MALAYSIA ATAU MALAYA ATAU PERSEKUTUAN TANAH MELAYU. Kiblat penjajah ideologi komunis itu dimana?

Tak berselera aku nak minum kopi lagi...mungkin kena tukar kopi special..Mamak sori, ini hari gua cakap ada pelek sikit...

Ada "Kopi Mocha IceBended" kah mamak? Kasi satu!!!

Monday, July 11, 2011

BERSIH

Nie bukan cerita kat kedai kopi....aku di kedai gunting rambut. Apek yang gunting rambut tu ada jugak ambik tau pasai BERSIH. Aku rasa, dari cara dia cakap, dia macam berat belah grup BERSIH.

Dia bagi tau aku yang kat Bintulu ada 18 orang kena tangkap sebab pakai t-shirt warna kuning BERSIH kat area Parkcity. Berkumpul tapi bukan berdemo.

Aku cakap "dah tau T-shirt tu identiti BERSIH, satu persatuan atau gabungan yang di haramkan, buat apa pakai. Tu macam mencabar". Itu olang semua ahh gang pembangkang...itu semua sokong BERSIH.Itu balas apek.

"lu ingat, kalau itu olang jadi pemerintah, dia olang akan Bersih ka" tanya aku. "Susah la mau cakap"... jawab dia.

Apa-apa pun tak ada benda yang lengkap, sempurna dan bersih jika ada kaitan dengan politik...politik parti kah atau politik pejabat ka , semua sama. Tengok waktu pemilihan dalam parti...parti pembangkang atau kerajaan, semua ada kecuh, semua tak puas hati...

Jadi mana ada yang betui-betui bersih...demokrasi itu sendiri kotor, politik itu lagi kotor dan mengotorkan...

Friday, July 8, 2011

LEPAK , MELEPAK DAN "MERELAKSKAN OTAK"




SIMILAJAU NATIONAL PARK.... CANTIK, RELAKS, SUNYI...TAPI LAMA2 MAU JUGAK NAIK BORING, KALU TAK PLAN AKTIVITI... NAK KE SINI LAGI...TREKKING DGN FAMILI.