Kita Pekena Kopi Dulu, Dengar-Dengar Cerita Menarik , Yang Kadang-Kadang Berguna dan Perlu Diberikan Perhatian.
Thursday, February 9, 2012
Kopi
Berapa kerap aku minum kopi? Kopi O atau kopi susu? Jarang-jarang...kecuali kalau balik kampong di Perlis. Entah lah kopi sana kaw-kaw kut terutama yang mak aku bancuh. Sekarang kat kedai...minuman yang dah sebati ialah teh tarik walaupun rasanya tak semestinya sama. Ikut kedai. Ada yang bubuh horlicks sikit bagi ada rasa lemah...bubuh banyak dah kurang rasa teh..yang bahayanya..kata orang ialah teh kat kedai jenis yang murah...banyak pewarna...bahaya untuk kesihatan. Tapi orang tetap minum. Teh tarik kurang manis rasanya sama cuma kena sebut lebih sikit...
Friday, December 16, 2011
kedak kopi....
Pelanggan ramai...servis pun yang amat slow...tak kira lagi bab pinggan dengan gelas kotor atas meja....meja berselerak.....tauke pulak dok pusing atas bawah dok kata ' sori no...lambat sikit..tak cukup pekerja' ..... dah tau bisnes ok ambik lah pekerja tambah...kalau selalu lambat, meja haru biru, lama lama orang malas masuk...Apa punya stategi ni...nak jimat jangka pendek
Friday, October 7, 2011
Harga Minyak
Di Malaysia...petrol RM2.30/liter, di Hong Kong RM7 lebih per liter.
Di Malaysia , Nasi briani...RM6 - RM10, di Hong Kong RM24 - RM28.
cukup lah.....

Wednesday, September 7, 2011
Kita Mudah Lupa
Subjek Sejarah dulu dikenai sebagai subjek Tawarikh...itu masa aku sekolah rendah. Dah tukar nama tetapi sejarah yang termaktub tak boleh di tukar.
Nama subjek sejarah boleh di tukar kepada Kenangan Dulu atau Catatan Dulu atau Peristiwa Dulu atau lebih indah MKI (masihkah kau ingat - klasik nasional) tetapi isinya tetap sama...Dapat A1 atau F9, perkara yag diajar tetap sama cuma penerimaan sipelajar mungkin berbeza tahapnya. Tahap penerimaan ditentukan melalui peperiksaan....itu saja.
Kalau komunis ditolak oleh kita...maka tidak ada sapa yang boleh berkata bahawa komunis itu bagus...walaupun si komunis itu Melayu Islam. Walaupun yang berkata itu Melayu Islam..komunis tetap komunis...samada menentang penjajah atau mereka itu sendiri ingin menjajah melalui ideologi komunisnya..
Maka komunis itu adalah TIDAK UNTUK KITA RAKYAT MALAYSIA ATAU MALAYA ATAU PERSEKUTUAN TANAH MELAYU. Kiblat penjajah ideologi komunis itu dimana?
Tak berselera aku nak minum kopi lagi...mungkin kena tukar kopi special..Mamak sori, ini hari gua cakap ada pelek sikit...
Ada "Kopi Mocha IceBended" kah mamak? Kasi satu!!!

Monday, July 11, 2011
BERSIH
Nie bukan cerita kat kedai kopi....aku di kedai gunting rambut. Apek yang gunting rambut tu ada jugak ambik tau pasai BERSIH. Aku rasa, dari cara dia cakap, dia macam berat belah grup BERSIH.
Dia bagi tau aku yang kat Bintulu ada 18 orang kena tangkap sebab pakai t-shirt warna kuning BERSIH kat area Parkcity. Berkumpul tapi bukan berdemo.
Aku cakap "dah tau T-shirt tu identiti BERSIH, satu persatuan atau gabungan yang di haramkan, buat apa pakai. Tu macam mencabar". Itu olang semua ahh gang pembangkang...itu semua sokong BERSIH.Itu balas apek.
"lu ingat, kalau itu olang jadi pemerintah, dia olang akan Bersih ka" tanya aku. "Susah la mau cakap"... jawab dia.
Apa-apa pun tak ada benda yang lengkap, sempurna dan bersih jika ada kaitan dengan politik...politik parti kah atau politik pejabat ka , semua sama. Tengok waktu pemilihan dalam parti...parti pembangkang atau kerajaan, semua ada kecuh, semua tak puas hati...
Jadi mana ada yang betui-betui bersih...demokrasi itu sendiri kotor, politik itu lagi kotor dan mengotorkan...

Friday, July 8, 2011
Thursday, June 30, 2011
BERSIH
Adakah perarakkan BERSIH akan membersihkan keadaan atau menambahkan kotor nya keadaan.. Aku nak tengok. Sori lah mamak kalau gua lepak kedai lain. Mau tengok itu demo... kat TV saja..itu pun kalu ada gambar.. Teh tarik sama roti canai boleh tukar sama kopi o panas sama cucur kodok..wauuuu.
Subscribe to:
Posts (Atom)