Pages

Monday, December 3, 2012

Suzuki Cup

Ayoyo...bila sampai itu jam bola main...itu kastemer sudah kasi ingat...mamak kasi itu skrin besaq punya...baru ada kaw..pakai itu jersey sokomg malasia kalu...kasi lah diskaun....

Yooo tambi, lu minum satu gelas teh tarik duduk sampi 2 jam lagi mau cerita ka...

Thursday, August 16, 2012

Raya Dan Balik Raya 2012

Aku memang malas nak gaduh2 pasai nak balik raya mana...rumah sendiri ke atau rumah mentua...sebabnya..aku balik kedua-duanya walaupun jarak antara satu rumah dgn yang lain dekat 7 jam perjalanan melalui lebuhraya timor barat... selalu jem teruk kat Tanah Merah, apatah lagi kalau hari raya kedua atau ketiga menuju ke Kota Baru atau Machang. Jadi kali nie, balik dari KT ke Utara pada raya ketiga, menongkah arus...harap-harap tak jam teruk.


Kat facebook, e-mail dan inbox sms dah mula banyak ucapan Hari Raya...ada dok update status kata dok dalam perjalanan, tunggu flight kat airport dan ada jugak yang dah samapi. Awai depa sebab cuti sekolah awai dua hari..sayang Kementerian bagi tau lambat. Tiket k/terbang dah beli, book awai tapi tetap mahai. Flight terhad...kalau tukar tarikh sebab nak balik awai, lagi parah. Dah cek dengan wife, harga dekat RM800 sorang sehala dari Bintulu ke KL. Jadi teruskan jugak rancangan balik hari Sabtu, walaupun dah sah sampai kampong malam raya....yeyeye.

"Mamak, lu mana balik"...
"Ayoyo kawan, saya sini ludok jugak..ini taung tala balik India, bini ala mari"

PS: Bintulu ada taun...jaga2 bila masuk restoren..tengok kebersihan..jangan minum air tak masak..Pasar ramadzan kat sini pun hanya takat 2 minggu lebih...lepas tu diarah tutup...TAUN......

Friday, August 3, 2012

POSA 2012

Awat aku dok tengok lah, kalau tang pasarq ramadan harga barang naik dari biasa? Kalu dulu murtabak daging biasa2 RM3.50/sekeping, beli pasarq  ramadan jadi naik harga sampai RM4.50/keping...dah tu tak sedap pun..banyak bawang saja.

Bila pi pasarq ramadan, terliorq memanjang... menjamu mata, tak boleh jamu selera lagi...menjamu mata tengok kueh2, lauk2 dan yang menguruskan posa menjamu mata tengok orang...tak reti bahasa sungguh, bulan posa, dia dok tak pakai tuding tu satu hai, nie pakai baju sleeveless dengan low cut..kalau jantan tu ta kisah lah nie pompuan...hok bukan islam tak payah cakap....seluarq pendek, pakai singlet jenis singkat tayang pusat, lepas tu, beli2 terus dok sedut ayarq tebu ..punya lah sedap....

petang nie aku nak pi pasarq ramadan. Macam biasa, kalu pelan nak beli satu jenis benda, balik bawa 2 -3 jenis.. plan nak beli nasi dagang, balik dok usung nasi kerabu dengan kue tiau goreng campur dengan nasi dagang tadi...tak tau bila dan macamana nak makan....ayarq tebu dah lah 3 bungkus, buka posa minum ayarq saja dah bergelas-gelas...ayarq tebu sejuk pure punya....

"Mamak! Hang tak niaga ka? Oii dengarq tak?"

Thursday, April 12, 2012

PTPTN

Sekarang dok sibuk orang dok kata pasai PTPTN atau Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Negara (betui ka?). Dah jadi modai politik baik di pihak Pembangkang atau Pakatan Rakyat dgn Kerajaan Pusat atau BN. Nak di hapuskan pinjaman dan sebagainya.

Bila kita kata pinjam atau meminjam, sah kena bayar. Ugama pun kata begitu. Zaman aku belajar duu tak pulak ada benda mcm ni cuma kalu yang cerdik tu (aku tak ermasuk dalam gologan ni), kerajaan akan tawarkan biasiswa. La ni, biasiswa pun ada, pinjaman pun ada. Cuma la ni yang dapat 9A, dah macam gerenti dapat biasiswa. Yang tak dapat kena lah minta pinjaman samada dari Bank, MARA atau yang popular nya ialah PTPTN.

Kenapa PTPN popular Popular sebab banyak yang keluar tapi kurang yang masuk. Atau banyak yang ambik PTPTN tapi bila dah keluar bekerja, banyak jugak yang tak bayar. Jadi, reaksi berantainya nya ialah, kurang lah duit PTPTN untuk nak buat pusingan. Kalu dah cerdik tu (selalu dari keluarga yang berada atau sederhana....ada segelintir saja dari yang kurang mampu) dah boleh dapat biasiswa, yang sederhana tu kena lah mengharap PTPTN. Biaya universiti bukan murah...kena pulak kat IPTS...memang tinggi.


Mamak : Dei, itu olang bukan saja talak bayar itu utang belajar , utang saya punya gelai pun susah mau bayar

Pelanggan 1 : Aya, itu olang belum dapat keleja...mana ada wang bayar.

Mamak : Itu bayar utang makan sama belajar talak bayar, manyak liat mau bayar..tapi itu utang keleta sama itu belanja amoi ada uang.

Pelanggan 2 : Itu utang keleta , talak bayar itu bank ada talik....itu amoi kalu talak belanja mana dia mau tertalik..ayoyo aya.

Mamak : itu macam ka...kalu itu macam..itu olang kalu mali, saya talak mau bikin order.

Pelanggan 1 : Pandai lah lu mamak.

Thursday, February 9, 2012

Kopi

Berapa kerap aku minum kopi? Kopi O atau kopi susu? Jarang-jarang...kecuali kalau balik kampong di Perlis. Entah lah kopi sana kaw-kaw kut terutama yang mak aku bancuh. Sekarang kat kedai...minuman yang dah sebati ialah teh tarik walaupun rasanya tak semestinya sama. Ikut kedai. Ada yang bubuh horlicks sikit bagi ada rasa lemah...bubuh banyak dah kurang rasa teh..yang bahayanya..kata orang ialah teh kat kedai jenis yang murah...banyak pewarna...bahaya untuk kesihatan. Tapi orang tetap minum. Teh tarik kurang manis rasanya sama cuma kena sebut lebih sikit...